Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Polis rampas dadah dalam pek gula-gula getah

LAM THIAM HUAT menunjukkan dadah dalam bentuk serbuk minuman dan
LAM THIAM HUAT menunjukkan dadah dalam bentuk serbuk minuman dan gula-gula getah yang dirampas di Kuantan, Pahang, semalam. UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 16 Mac – Polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk syabu, ketamin, ekstasi dan erimin 5 yang sebahagiannya dibungkus dalam pek gula-gula getah serta minuman segera dengan nilai keseluruhan RM35,221 kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintenden Lam Thiam Huat berkata, rampasan itu dilakukan selepas menahan lima lelaki dalam dua serbuan di sebuah rumah di Taman Maju Jaya dan Me­dan Selera 66, Jalan Gambut di sini.

Katanya, serbuan pertama pukul 3.30 petang menahan dua lelaki berusia 30-an termasuk seorang warga Singapura.

“Pemeriksaan menemukan dadah jenis ketamin seberat 81.70 gram, syabu (8.9 gram), erimin 5 (80.10 gram), ekstasi (54.70 gram), 16 peket plastik tertera perkataan orange coming (264 gram) dan 24 peket plastik magic chew disyaki syabu.

“Turut dirampas ialah dua buah kenderaan jenis Toyota Harrier dan Proton Saga dengan keseluruhan termasuk dadah bernilai RM130,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) di sini hari ini.

Menurut Thiam Huat, susulan itu, polis menahan tiga lagi lelaki termasuk dua remaja berusia 15 tahun dan 16 tahun di sebuah medan selera pada pukul 7.30 malam.

Katanya, pemeriksaan ke atas tiga lelaki termasuk dua remaja yang tidak bersekolah itu menemukan erimin 5 sebanyak 136.9 gram, ekstasi (53.5 gram), ekstasi dalam bentuk kapsul terbaharu (15.4 gram) dan ketamin (13.8 gram).

“Siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan dari Kuala Lumpur dan mengedarkannya di sekitar pusat hiburan di bandar ini,” katanya yang membe­ritahu dadah yang dibungkus semula dalam pek gula-gula dan minuman dijual antara RM80 hingga RM250.

Tambahnya, semua suspek yang direman selama seminggu sehingga 27 Mac ini didapati positif dadah dan tiada rekod lampau.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain