Kedua-dua ahli sindiket pengedaran dadah itu ditahan dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 10.15 pagi sebaik sahaja tiba dari Senai, Johor Bahru.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, kesemua dadah yang bernilai RM500, 000 itu ditemukan pada beg galas yang dibawa oleh kedua-dua suspek.

Menurutnya, tiga jam selepas penahanan suspek, pasukan polis berjaya menahan dua lagi rakan sejenayah suspek di sekitar bandar raya ini.

“Kesemua suspek berusia 27 hingga 39 tahun itu dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini.

“Kita juga sedang mengesan saki baki kumpulan itu termasuk seorang individu bernama Sandi, 30-an bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.

Tambah Ramli, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE