Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, dalam operasi pada pukul 4.30 petang itu, tiada tangkapan dilakukan kerana premis berkenaan berkunci dan tidak berpenghuni.

Menurutnya, pihaknya kemudian telah memecahkan pintu tepi bahagian belakang premis itu dengan memotong kunci dan mangga.

Katanya, premis tersebut dalam keadaan berkunci dan pihak polis telah memanggil dan mengetuk beberapa kali namun tiada sesiapa membuka pintu.

"Setelah pintu dipecahkan, pemeriksaan di dalam premis tersebut menjumpai 67 mesin yang disyaki digunakan untuk kegiatan mesin perjudian.

"Kesemua barang rampasan itu dibawa ke Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk tindakan lanjut," katanya. - UTUSAN ONLINE