Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Suzaimi Mohamed berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6.20 petang selepas cubaan meloloskan diri daripada serbuan tersebut gagal.

“Ketika anggota memperkenalkan diri, suspek kemudian bertindak memecut kenderaan pacuan empat roda yang dinaikki bagi mengelakkan dicekup polis.

“Bagaimanapun, kenderaan yang dinaiki suspek terbabas ke dalam parit dan tindakan pantas polis berjaya menahannya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Suzaimi memberitahu, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan pacuan empat roda itu membawa kepada penemuan bahan terlarang tersebut. - UTUSAN ONLINE