Dalam serbuan pukul 2.30 petang itu, empat lelaki berusia 18 hingga 25 tahun ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.

Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, serbuan dibuat selepas pihak polis mendapat maklumat daripada orang awam mengenai premis itu dijadikan tempat memproses daun ketum.

"Turut dirampas dalam serbuan itu adalah satu bungkusan plastik disyaki daun ketum sebarat 2.5 kilogram selain 32 botol kecil disyaki cecair ubat batuk," katanya di sini hari ini. -  UTUSAN ONLINE