Kegiatan penjualan senjata api yang dilakukan suspek berusia 40 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan itu terbongkar selepas polis mendapat maklumat setelah penjualannya tular dalam laman sosial.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abd. Jalil Hassan berkata, serbuan dilakukan pada pukul 9.30 malam Jumaat lalu dan pihaknya menemukan senjata api yang disimpan di rak bahagian belakang gerai suspek.

"Siasatan juga mendapati senjata tiruan itu dijual pada harga antara RM800 hingga RM1,000 setiap satu dengan anggaran nilai keseluruhan melebihi RM10,000," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad. - UTUSAN ONLINE