Serbuan pada pukul 4 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri itu berjaya menahan kesemua suspek iaitu empat orang lelaki dan lima orang wanita berusia lingkungan 16 hingga 51 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner V.R. Ravi Chandran berkata, kesemua suspek yang ditahan itu mempunyai pertalian keluarga.

Katanya, pemeriksaan di rumah suspek menemukan lima paket plastik mengandungi dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM11,500.

"Siasatan awal mendapati, tiga daripada yang ditangkap mempunyai rekod jenayah lampau. "Polis turut menyita sebuah kereta jenis Proton Gen 2 dan motosikal jenis Honda Ex5," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE