Bagaimanapun, nasib 42 individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun berubah apabila diselamatkan sepasukan anggota  daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dan Ipoh, hari ini.

Pegawai Turus D7 IPK negeri, Deputi Superintenden V. Annadurai berkata, semua mangsa warga Myanmar yang diselamatkan dalam operasi pada pukul 2.30 petang itu berusia 16 hingga 35 tahun.

Katanya, pemeriksaan mendapati, kesemua mangsa yang terdiri daripada 28 orang lelaki dan 14 orang wanita itu dipaksa bekerja di kilang berkenaan tanpa dibayar gaji sejak tiga bulan lalu.

"Dalam operasi itu, kita telah menahan seorang wanita yang merupakan pengurus kilang dan seorang lelaki yang bertindak sebagai ejen.

"Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 30-an dan 40-an itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12, 13 dan 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007,"katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE