KEADAAN anggota polis yang cedera parah dalam kejadian tetak dibawa untuk rawatan ke Hospital Kulim, Kedah, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner, Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

“Ketika ini kami masih dalam usaha untuk mengesan individu terlibat.

“Mangsa yang berusia lewat 40-an telah diberikan rawatan dan menjalani pembedahan di Hospital Kulim,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, ketika ini siasatan lanjut masih dijalankan termasuk motif serangan.

“Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.