RAZARUDIN HUSAIN
RAZARUDIN HUSAIN 

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, mereka merupakan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah Gerik dibantu anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Menurut beliau, penugasan anggota polis tersebut ialah bagi membantu agensi-agensi kerajaan lain yang ditugaskan di kawasan tersebut.

Katanya, keadaan di kawasan itu juga baik dan terkawal manakala anggota polis yang bertugas hanya memantau tugas penguatkuasaan daripada agensi terbabit.

“Berhubung laporan polis yang dibina pula, tiada siasatan susulan dibuat berikutan sekatan di kawasan berkenaan telah dirobohkan.

“Kita dimaklumkan semua aktiviti pembalakan yang dijalankan di kawasan itu juga diluluskan oleh kerajaan negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan di Bazar Ramadan Medan Gopeng di sini hari ini.

Semalam, kerajaan negeri membenarkan pihak berkuasa merobohkan sekatan yang dibina Orang Asli Kampung Tasik Cunex di Gerik atas alasan ia dibina tanpa kebenaran di tanah kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, peruntukan undang-undang dan operasi merobohkan sekatan itu dijalankan secara aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini hari ini.

Masyarakat Orang Asli yang tinggal berhampiran Hutan Simpan Air Chepam Hulu Perak sebelum ini membuat sekatan tersebut.

Mereka mendakwa berbuat demikian untuk mempertahankan hutan dan tanah adat mereka daripada diceroboh melalui aktiviti pembalakan. - UTUSAN ONLINE