Ahli politik DAP itu dikatakan menjadi antara panel dalam forum bertajuk Deklarasi Rakyat Suara Anak Muda Selamatkan Malaysia pada 12 April tahun lalu.

Bagaimanapun, Kasthuriraani yang hadir bersama peguamnya, R.S.N Rayer yang juga ADUN Seri Delima memberitahu, beliau lupa siapa penganjur program berkenaan kerana faktor masa yang sudah lama.

“Kita hanya difahamkan ada orang buat laporan tentang forum itu dan datang ke IPD Timur Laut untuk membantu polis menyelesaikan siasatan. Kita akan beri kerjasama sepenuhnya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Difahamkan, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim juga diarahkan hadir ke IPD Timur Laut untuk memberi kenyataan dipercayai berhubung program sama dan beliau akan diiringi peguamnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Sigh Deo.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, pihaknya sedang merakam kenyataan beberapa ahli politik yang terlibat dalam program berkenaan.

“Kita dapati tiada sebarang notis permohonan diterima sebelum penganjur mengadakan forum yang jelas melanggar Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman seperti ditetapkan,” katanya.

Habis