MOHAMAD FUZI HARUN
MOHAMAD FUZI HARUN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, bagaimanapun siasatan berhubung kes berkenaan harus mengikut prosedur dalam memanggil individu untuk memberi keterangan.

“Kita akan panggil mengikut keperluan. Buat masa ini, belum ada waktu yang ditetapkan tetapi tapi kami menjangkakan memang­gilnya dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Ke­tua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim memaklumkan satu pasukan khas ditubuhkan khusus bagi menyiasat perkara berkenaan dan tidak menolak kemungkinan akan memanggil Mohd. Isa untuk membantu siasatan.

Pada 12 Disember lalu, Felda membuat laporan polis berhubung kemungkinan berlaku penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah berkenaan kepada syarikat Synergy Prominade Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Bernama me­laporkan, Mohd Isa memberitahu, pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menghubunginya bagi mendapatkan keterangan berhubung kes berkenaan.

Mohd Isa menjelaskan, beliau sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung isu pemindahan hak milik tanah agensi tersebut.

“Setakat ini, polis belum panggil saya, biar polis jalankan tugas. Saya sedia beri kerjasama sekiranya polis atau SPRM panggil.

“Saya tidak mahu komen lebih kerana tidak mahu isu ini dijadikan polemik politik” ujarnya.