Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, penangkapan seorang suspek utama berusia 30 tahun pada 10 September lalu membawa kepada penangkapan tiga suspek lain dua hari kemudian.

Katanya, penangkapan itu dipercayai berjaya menyelesaikan 24 kes samun di sekitar Kuantan, Gambang dan Jaya Gading.

“Kesemua suspek yang berusia antara 19 hingga 30 tahun itu dipercayai aktif melakukan jenayah samun sejak awal Januari lalu.

“Kebanyakan modus operandi mereka adalah dengan menyasarkan rumah sewa dan asrama yang dihuni oleh penuntut institusi pengajian tinggi yang mana kesemua mangsa adalah wanita,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Othman, suspek juga bertindak menakutkan mangsa- mangsa mereka dengan senjata seperti parang yang menyebarkan mereka trauma.

“Kesemua suspek direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395, 397 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE