Polis dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, Roovenswara dikesan berada di tiga alamat terakhir iaitu di No. 16 Lebuh Tenggiri 2, Seberang Jaya di sini dan di 10-02B dan 32-01 A, Blok 58, Jalan Silat Harimau 1/1, Bandar Selesa Jaya, Skudai Jaya, Johor.

“Mana-mana pihak yang mengetahui di mana orang yang dikehendaki berkenaan berada boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Narkotik, Bahagian Siasatan Narkotik IPD Seberang Perai Tengah (SPT), Inspektor Ahmad Safwan Mohd. Rosslan di talian 019-4303074,” demikian menurut kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE