Ia terdiri daripada 3,464 keping wang palsu Dollar Amerika Syarikat (USD) 100 bersamaan nilai sebanyak USD346,400 dan 136 keping Ringgit Malaysia (RM) 100 yang bersamaan RM13,600.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, polis turut merampas dadah dipercayai jenis syabu dengan anggaran berat kasar 10.91 gram bernilai kira-kira RM1,300.

"Dalam serbuan itu, polis telah menahan tiga lelaki dan dua wanita yang berusia antara 21 tahun hingga 37 tahun.

"Serbuan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira pukul 11 malam tadi," katanya dalam sidang akhbar di IPK Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan punca dan kegunaan wang palsu tersebut. - UTUSAN ONLINE