Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Polis nafi kongsi gelap bergaduh di Klang

KLANG 15 Feb. – Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu kononnya daerah ini khususnya di Kampung Jawa tidak selamat berikutan khabar angin berlaku pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 24 dan 36.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya laporan berkenaan dan keadaan di kawasan terbabit aman serta tenteram tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Keadaan semasa di Kampung Jawa adalah aman dan tenteram. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Masyarakat atau penduduk bebas bergerak menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rabu lalu seorang lelaki dipercayai penolong ketua kumpulan kongsi gelap Geng 24 maut akibat cedera parah selepas ditetak oleh sekumpulan lelaki di depan sebuah kedai di Jalan Pandan 2, Telok Pang­lima Garang, Banting.

Mangsa dikenali sebagai M. Gunasekaran, 35.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain