Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, setakat ini hanya dua tangkapan sahaja iaitu isteri mangsa dan bekas suami wanita tersebut.

“Setakat ini hanya dua tangkapan sahaja. Saya akan keluarkan kenyataan rasmi sekejap lagi,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp di sini hari ini.

Pada 14 Jun lalu, Nazrin maut selepas terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Damansara akibat terhidu asap berpunca daripada letupan telefon bimbit milik mangsa.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan kes yang disiasat sebagai mati mengejut itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas polis mendapat keputusan bedah siasat dan laporan bomba.

Susulan daripaa itu, dua individu iaitu isteri mangsa dan bekas suami wanita tersebut ditahan reman dua hari lalu bagi membantu siasatan.-UTUSAN ONLINE