Dakwaan itu dibuat seorang lelaki berbangsa Arab dalam rakaman video berdurasi 1 minit 49 saat yang tular awal pagi ini.

Difahamkan lelaki itu, mendakwa pihaknya cuba menghubungi polis sebanyak 43 kali namun pihak polis tiba 50 minit kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa. ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti video tersebut dan menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan lelaki berkenaan.

“Saya nafikan dakwaan polis lambat tiba di tempat kejadian dan satu kenyataan akan di keluarkan oleh pihak kami setelah siasatan selesai,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia ke sebuah lawan sosial Facebook, MutarjimClips yang menterjemah dan menularkan video tersebut mendapati pihak pentadbir MutarjimClips, Muhammad Najmi Rohaizad telah memadam rakaman video tersebut dan memohon maaf.

Mohammad Najmi Rohaizad melalui kenyataannya yang dimuat naik kira-kira enam jam lalu berkata, pihaknya mengakui menterjemah video tersebut dan mendapati terdapat kesilapan dalam terjemahan yang dilakukan dan meminta pentadbir laman sosial lain yang berkongsi video itu memadam video berkenaan. - UTUSAN ONLINE