Ekoran itu seorang pengurus bank tersebut membuat laporan polis.

Sepasukan anggota Bahagian Persenjataan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri memusnahkan beg itu menggunakan alat pemusnah kawalan jauh di satu kawasan lapang berdekatan Balai Polis Ayer Keroh, pada pukul 1.40 petang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pe­ngurus bank itu mendakwa beg tersebut ditinggalkan sejak dua hari lalu di sebelah mesin deposit cek di premis tersebut.

“Kita dapati beg itu me­ngandungi lebih 300 keping kertas spesimen tandatangan pelanggan bank yang masih kosong,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank tersebut mendapati beg kertas itu ditinggalkan oleh seorang wanita.

“Wanita itu kemudiannya terus keluar tanpa menggunakan mesin di bank berkenaan dan sehingga kini, kita masih menyiasat motif sebenar wanita itu,” tambahnya.