PULAU PINANG 24 JANUARI 2018 - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk
Datuk A. Thaiveegan

Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, pihaknya percaya tiga pelajar lelaki yang masing-masing berusia 18 dan 17 tahun itu masih berada di sekitar negeri ini.

Katanya, pada masa sama polis sedang mengenal pasti punca mereka bertindak demikian.

“Konsep pengajian di sini dilaksanakan secara berhemah bagi tujuan mendidik dan tidak bersifat menghukum, jadi pendekatan secara lemah lembut digunakan, oleh itu saya percaya mereka mengambil kesempatan (untuk melarikan diri),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 10 Mac lepas, tiga pelajar berkenaan dipercayai melarikan diri pada pukul 4.20 pagi dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan kopak pada pintu asrama dan mereka dipercayai meloloskan diri melalui pintu kedua berhampiran padang yang tidak dikunci. - UTUSAN ONLINE