R. HARIDASS
R. HARIDASS

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, sehingga kini pihaknya tidak pernah berhenti mencari petunjuk kehilangan R.Haridass, 37, selepas isterinya membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada 2012.

Katanya, berdasarkan laporan dibuat isteri mangsa, Haridass, yang bekerja sebagai pemandu lori di sebuah kilang logistik di Alam Megah keluar dengan menaiki motosikal untuk ke tempat kerjanya kira-kira pukul 2 petang tetapi kemudiannya hilang tanpa jejak.

"Sehingga kini pihak polis juga masih belum mendapat sebarang petunjuk tentang misteri kehilangan mangsa tetapi meskipun kes ini sudah lama, kita tetap meneruskan siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Shafien berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa diminta menghubungi Ketua Balai Polis Komuniti Seksyen 15, Sarjan Mejar Abdul Halim Mansor di talian 019-2475818 atau mana-mana balai polis berhampiran. - UTUSAN ONLINE