Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, DSP Mohd. Nazri Ibrahim berkata, dalam kejadian 4.50 pagi itu, anggota PPM yang sedang menjalankan tugas rondaan Op Paradise di kawasan berkenaan terlihat sebuah bot dalam keadaan mencurigakan dari arah Nunukan Indonesia menuju ke Kalabakan Tawau.

Pemeriksaan ke atas jongkong berkenaan mendapati seorang juragan berusia 25 tahun beralamat di Sebatik Tawau membawa 20 penumpangterdiri daripada 11 lelaki dan sembilan wanita di dalam jongkongnya dalam keadaan berbaring.

"Hasil pemeriksaan kesemua penumpang berusia lingkungan 21 hingga 56 tahun itu tiada keterangan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Nazri berkata, semua harta rampasan bernilai RM20,000 termasuk jongkong yang digunakan serta tahanan dibawa ke jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin Tawau untuk pemeriksaan lanjut. - BERNAMA