Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, hasil pemeriksaan kira-kira pukul 9.30 pagi terhadap bot nelayan yang berlabuh di perairan Oceanus itu mendapati, bot berkenaan menggunakan alat menangkap ikan yang tidak mendapat kelulusan Jabatan Perikanan.

Menurutnya, PPM turut menahan lori seberat 1.5 tan dan menemukan 32 unit tong gas petroleum cecair (LPG) seberat 14 kilogram dan dua unit tong gas kosong di jeti Safma kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Lori tersebut ditahan selepas pemandunya yang berusia 44 tahun gagal mengemukakan surat atau dokumen kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan dipercayai tong-tong gas LPG itu akan dibawa ke Pulau Gaya.” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Pajeri memberitahu, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori itu dianggarkan berjumlah RM73,900.00 dan tangkapan serta barang rampasan dibawa ke markas operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Perikanan 1985.- BERNAMA