Bot pukat tunda milik sekumpulan lelaki dari negara jiran itu ditahan kira-kira pukul 9 pagi dalam Op Gelora.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4, Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajer Ali berkata, bot tunda yang dikendalikan empat lelaki berusia 19 sehingga 35 tahun itu dikatakan sedang menjalankan aktiviti pukat tunda pada jarak 2.77 kilometer dari pantai Sungai Laba.

"Mereka dikesan menjalankan aktiviti pukat tunda di kawasan larangan sebelum ditahan dan dibawa ke pangkalan markas operasi PPM, Tawau.

"Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat-syarat lesen perikanan iaitu menunda di kawasan larangan dan kesemua empat lelaki yang ditahan diserah kepada Jabatan Perikanan Tawau untuk siasatan lanjut," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE