Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khui Khon Chiang berkata, rampasan itu dibuat ketika pegawai dan anggota PPM sedang menjalankan Op Gelora Khas/Landai kira-kira pukul 9 malam.

"Bertindak atas maklumat, kita telah mengesan sebuah MPV jenis Honda Stream bernombor plat Singapura dalam keadaan mencurigakan di kawasan Felda Cahaya Baru dekat Masai.

"Pasukan kami telah mengikut kenderaan terbabit sebelum berjaya memintasnya di kawasan hutan berhampiran Loji Rawatan Air Sultan Iskandar," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Khui Khon Chiang berkata, dua suspek yang berada dalam kenderaan berkenaan bagaimanapun berjaya melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran. - UTUSAN ONLINE