dekatJalan Raja Uda di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, pergaduahn berlaku melibatkan tiga mangsa lelaki bersama lapan lelaki lain yang dipercayai berpunca daripada salah

seorang mangsa telah memberi pinjam wang kepada salah seorang suspek sebulan sebelum itu.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketika kejadian salah seorang suspek menghubungi mangsa agar datang ke kedai itu untuk

berbincang mengenai pinjaman wang terbabit.

"Ketika perbincangan itu, berlaku pertengkaran sebelum suspek bersama beberapa rakan lain menggunakan kerusi dan senjata dipercayai parang untuk menyerang mangsa

dan beberapa rakannya.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pihak hospital," katanya dalam satu kenyataan

di sini hari ini.

Tambahnya, hasil rakaman percakapan mangsa mengesahkan dia bersama dua rakan diserang oleh lebih kurang lapan lelaki di dalam kedai itu sehingga mengalami kecederaan

luka potongan di bawah lutut kaki kanan selain luka di lengan kiri di bawah siku.

Jelas Noorzainy, mangsa turut mengalami patah kaki kanan dan patah pergelangan tangan kiri dan dia kini dirawat di HSJ manakal seorang rakannya yang turut cedera

akibat dipukul dengan kerusi serta seorang lagi luka di tangan dan kepala menerima rawatan pesakit luar.

"Polis memohon kerjasama orang ramai untuk memberi amklumat berkaitan kejadian ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 326/148 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE