Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, tiga suspek tersebut menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam dengan mencekik dan menumbuk pekerja yang juga warga India di kaunter berkenaan.

“Mereka melarikan 11 kotak rokok bernilai RM170.50 dan beberapa minit kemudian, sekumpulan orang ramai membelasah tiga suspek terlibat sebelum diserahkan kepada polis.

“Keadaan seorang daripada suspek kritikal dan kita sedang mengesan semua yang terlibat membelasah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Mazlan, pihaknya turut menahan pekerja kedai serbaneka tersebut untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 395/326 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE