KANG CHEZ CHIANG
KANG CHEZ CHIANG

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata, kedua-dua individu terbabit bagaimanapun masih belum tampil memberi keterangan berkaitan perkara itu.

“Jadi kami sedang berusaha untuk memanggil mereka bagi memastikan sama ada betul atau tidak apa yang diceritakan (Farid Kamil),” katanya dalam sidang  akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini hari ini.

Tambahnya, satu daripada tiga individu yang dinamakan (Sofi Jikan) telah tampil dan keterangan telah dirakamkan.

Walau bagaimanapun, dia telah ditahan untuk siasatan kerana ujian air kencing menunjukkan positif dadah jenis ganja. - UTUSAN ONLINE