Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Deputi Superintenden Mohd. Syukry Mohd. Ali berkata, turut dirampas serbuk putih disyaki heroin, pil kuda dan syabu bernilai RM2,500.

Operasi yang berakhir pukul 7 pagi ini melibatkan kawasan sasarab sekitar Jabor, Felda Neram, Bandar Baharu Ceneh, Kemasik, Kerteh, Cukai, Geliga, Bukit Kuang, Binjai dan Paya Berenjut.

“Kesemua mereka yang berusia lingkungan berusia 30-an ini akan direman untuk siasatan lanjut sebelum didakwa di mahkamah,” ujarnya di sini hari ini.

Jelas Mohd Syukry lagi, empat daripada mereka akan dituduh di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori.

Katanya, operasi bersepadu itu akan diteruskan di setiap daerah bagi memastikan mereka yang dikehendaki atau mempunyai waran tangkap tidak terlepas daripada tindakan undang-undang. - UTUSAN ONLINE