Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid berkata, semua individu tersebut berusia dalam antara 20 hingga 58 tahun.

“Empat lelaki iaitu Abul Kashem (warga Bangladesh), S. Nadrajan, S. Muniyapan dan K. Soranamurti dikehendaki bagi membantu kes pembunuhan yang berlaku di Pendang serta Sungai Petani pada 2007, 2012 dan 2017.

“Selain itu, kita memburu 24 individu bagi membantu siasatan terhadap kes keganasan seksual, mendatangkan kecederaan (14 orang), samun (20 orang), kekerasan (lima orang), harta benda (16 orang), pemerdagangan manusia (satu), curi (satu) dan satu kes dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang dicari untuk menghubungi balai polis terdekat bagi menyalurkan maklumat. - UTUSAN ONLINE