Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, rampasan dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Cawangan D9 Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam susulan penahanan seorang lelaki berusia 48 tahun pada pukul 3.30 petang di Taman Desa Cemerlang, dekat sini, kelmarin.

"Dalam serbuan semalam, polis merampas 58 kg disyaki ketamin di dalam but sebuah kereta yang diletakkan di Taman Desa Cemerlang.

"Dalam serbuan kedua, dadah dipercayai heroin seberat 5.4 kg dan 2.3 kg syabu dirampas di dalam sebuah kereta diletakkan di Jalan Permatang 8, Desa Jaya, di sini dengan nilai keseluruhan bernilai RM3.1 juta," katanya dalam sidang akhbar di IPK Johor di sini sebentar tadi.

Kamarudin berkata, dalam serbuan tersebut polis turut merampas duah buah kereta jenis Toyota Camry dan Perodua Kembara.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 6 November ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE