Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pasukan khas itu telah ke Bangkok baru-baru ini.

“Selain itu, kita turut mendapatkan bantuan daripada polis di Singapura dan Indonesia,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Ditanya sama ada kedua-dua suspek kes tersebut berada di luar negara, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan itu namun masih melakukan siasatan. - UTUSAN ONLINE