Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam operasi selama enam jam bermula pukul 8 pagi itu, kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 40 tahun.

Katanya, hasil ujian air kencing mendapati 19 lelaki positif dadah jenis morfin manakala dua lelaki pula masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau selain seorang lelaki ditahan kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 0.14 gram.

"Op Bersepadu IPD Perak Tengah ini bermula sejak semalam sehingga hari ini. Menerusi operasi ini, kita turut mengadakan dua sekatan jalan raya di kawasan Changkat Lada.

"Sebanyak 201 buah kenderaan telah diperiksa dan 10 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Operasi tamat pada pukul 2.30 petang dan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya. - UTUSAN ONLINE