Ketuanya, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya kini sedang dalam proses mengumpul maklumat berkenaan kumpulan yang dikenal pasti bergiat aktif melakukan kegiatan pemerasan dan juga keganasan terutama di kawasan perniagaan.

“Kita sedang kenal pasti ahli-ahli kumpulan ini dan akan buat operasi untuk menangkap mereka dalam masa terdekat.

“Ingin saya tegaskan, pendatang asing tanpa izin ini sebenarnya bukan gangster, tapi mereka datang dalam kumpulan dan kemudian menyertai gangster yang sedia ada di negara ini,” katanya selepas program “Community Policing” di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE