Ketua Polis daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, dadah terbabit yang ditemukan berbungkus dalam 11 paket besar serta tiga paket kecil bernilai kira-kira RM29,380.

“Kelima-lima suspek yang berusia antara 30 hingga 47 tahun leka berbual ketika serbuan pada pukul 3.30 petang dilakukan, empat daripada mereka positif ganja manakala seorang lagi suspek negatif ujian air kencing.

“Pemeriksaan ke atas seorang suspek turut menemukan sepaket lagi ganja seberat 5.1 gram berserta wang tunai berjumlah RM2,361,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, di sini sebentar tadi.

Mohad Idris berkata, kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -UTUSAN ONLINE