NOOR AZAM
NOOR AZAM

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya akan meneliti pelbagai sudut dalam melengkapkan siasatan kes ber­kenaan.

“Kami sedang berusaha me­ngumpulkan bukti termasuk mengesan kemungkinan ada suspek lain terlibat. Biarlah polis menjalankan siasatan dahulu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Noor Azam bagai­manapun enggan mengulas lanjut sama ada pihak polis telah mengenal pasti keluarga mangsa pembunuhan terbabit.

“Polis akan meng­adakan sidang akhbar berhubung kes itu yang dijangka pada pukul 11 pagi, Isnin ini,” kata­nya.

Akhbar hari ini melaporkan, cebisan tulang dipercayai milik lima mangsa pembunuhan yang dikatakan ada kaitan dengan ke­giatan kongsi gelap ditemukan ditanam di dalam dua kubur di kawasan estet itu.

Difahamkan, penemuan cebisan tulang itu susulan kejayaan polis Negeri Sembilan menahan 34 ahli kongsi gelap Geng 36 dalam Ops Khas Hoben 1/2018 baru-baru ini.

Geng 36 itu dipercayai terlibat dalam beberapa siri kes keganasan di negeri ini seperti membunuh, mendatangkan kecederaan, khianat dengan api, pengedaran dadah dan peras ugut.