Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, suspek, Saw Kim San, 31, beralamat di Jalan Besar, Tumpat.


“Saya menyeru suspek tampil untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi membantu siasatan.


“Kita percaya suspek masih lagi berada dalam negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Ibrahim memberitahu, pihaknya turut memohon kerjasama orang ramai yang mengenali atau melihat suspek supaya menghubungi IPD Pasir Mas di talian 09-793 2222 atau 09-7932235. 


Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan hasrat seorang lelaki untuk menikmati hidangan makanan segera bersama rakan sekerjanya tidak kesampaian apabila maut ditikam sebanyak dua kali di sebuah restoran makanan segera di Gual Tinggi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, Lee Boon Guan, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.- UTUSAN ONLINE