Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Superintenden Mohd. Sani Junid berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikenali sebagai Dariman berusia 29 tahun.

Katanya, siasatan di tempat kejadian menemukan sebilah tombak pemotong buah sawit pada jarak kira-kira tiga meter dari mayat mangsa.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan darah pada mata tombak itu.

"Selain itu, sebilah parang dan sarungnya juga ditemukan kira-kira dua meter dari mayat mangsa yang berkemungkinan milik mangsa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sani memberitahu, buat masa ini tiada tangkapan dilakukan dan suspek dipercayai masih bebas.

"Polis juga masih menyiasat motif kes pembunuhan itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta melaporkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan," jelasnya.

Beliau berkata, oang ramai boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga di talian 086-461318 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Sandes Edwin Umpang di talian 013-3900775. - UTUSAN ONLINE