Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, pasangan terbabit dikatakan bertindak menyembur cecair tidak pasti ke arah penguat kuasa berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kepedihan di bahagian mata.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner, Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, tindakan itu berikutan pasangan terbabit tidak berpuas hati akibat kenderaan mereka dikunci oleh penguat kuasa berkenaan.-UTUSAN ONLINE