Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Dzulkifli Ab Ghani berkata, lelaki tersebut ialah Mohamad Aswadi Mohd Sanusi yang juga dikenali Along, 23, beralamat di Taman Desa Satria, Kok Lanas ; Ahmad Husaini Haron,22, beralamat di Batu 30 dan Mohamed Aizad Mohamed Ziferi, 23, dari Kweng Hitam.

Menurutnya, seorang lagi lelaki yang diburu ialah warga Thailand, Afnan Idris atau digelar Mat Siam, 43, beralamat di Tanah Merah.

“Kita sedang giat memburu kesemua suspek ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Polis percaya semua individu ini masih bersembunyi di lokasi tertentu dalam negeri ini dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat dapat membantu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keempat-empat individu ini boleh menghubungi IPD Machang di talian 09-9751222 atau mana-mana balai polis berdekatan. - UTUSAN ONLINE