Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, empat suspek bersenjatakan parang telah masuk melalui belakang rumah yang tidak berkunci pintu jerijinya.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Aswandy Anis berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi diikat menggunakan tali sebelum suspek menyelongkar rumahnya.

“Suspek telah melarikan dompet, barang kemas, komputer riba dan tablet mangsa serta kereta jenis Toyota Spacio berwarna perak.

“Kes masih dalam siasatan dan tindakan mengesan kesemua suspek sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kedudukan rumah mangsa terletak kira-kira 100 meter dari jalan besar. - UTUSAN ONLINE