Ketua Polis Daerah, Superintenden Rozeni Ismail berkata, lelaki berusia 54 tahun itu menerima sampul surat berkenaan daripada sebuah syarikat pos pada pukul 2 petang semalam.

Katanya, walaupun surat itu dinamakan kepada salah seorang penyelia bahagian tempat lelaki itu bekerja, namun dia telah membukanya terlebih dahulu setelah mendapati terdapat objek keras di dalamnya.

“Apabila lelaki terbabit membuka sampul surat berwarna coklat itu, dia terkejut setelah mendapati di dalamnya mengandungi enam butir peluru hidup.

“Kerana bimbang dengan keselamatan pekerja di syarikat tersebut, lelaki itu kemudiannya telah membuat laporan polis,” katanya.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati peluru tersebut jenis Revolver 38mm dan kes disiasat mengikut Sekyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah. - UTUSAN ONLINE