Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sebelum ini pernah memanggil pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu namun beliau meminta penangguhan.

“Jika tiada apa-apa perubahan, kita akan ambil keterangan beliau hari ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Majlis Penyampaian Diploma Kepolisan dan Penyiasatan kepada pelajar Kolej Unikop di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini - UTUSAN ONLINE