Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata, hasil maklumat risikan, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menyerbu rumah yang disewa seorang buruh tempatan berusia 30-an itu pada pukul 9.10 malam.

"Hasil pemeriksaan menemukan dua pokok ganja dengan ketinggian 47 hingga 60 sentimeter ditanam bersama pokok cili di dalam sebuah pasu besar di halaman rumah.

"Polis juga menemukan tiga batang anak pokok dengan ketinggian antara 10 sehingga 25 sentimeter yang ditanam dalam bekas kecil yang diletakkan di atas pam tandas rumah itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hamzah berkata, turut dirampas sepaket plastik berisi ceraian dedaun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 4.80 gram yang telah diproses dan bernilai RM100 serta beberapa benih pokok ganja. - BERNAMA