Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun tidak mendedahkan butiran penuh mengenai tarikh sampel DNA itu diperoleh dan nama negara terbabit.

“Saya tidak boleh mendedahkan negara mana tetapi pihak berkuasa Malaysia yang telah pergi ke sana untuk mendapatkan DNA anak lelaki mendiang.

“Saya sekali lagi ingin menegaskan sampel DNA yang diambil, telah dibuat perbandingan dan memang sah mayat itu adalah Kim Jong-nam,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE