Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu menjelaskan, pergerakan keluar aktivis berkenaan dirakam di pintu masuk Thailand pada pukul 6.30 pagi dengan menaiki bas.

“Kita tidak tahu apa motif dia berbuat sedemikian. Tetapi jika dia berniat seolah-olah dia diculik untuk menimbulkan rasa cemas dan panik terhadap orang ramai di negara ini, polis akan mengambil tindakan.

“Saya harap dia akan menghubungi keluarganya untuk memaklumkan keadaannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE