Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 47 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Mahkamah memerintahkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 8 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak perempuannya itu sejak mangsa berusia 15 tahun di Kampung Languban, Merapok di sini.

Mangsa kini berusia 25 tahun dan belum mempunyai sebarang pekerjaan. - UTUSAN ONLINE