MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ko­mersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita ber­usia 60 tahun itu mendakwa menerima panggilan tersebut pada 4.30 petang semalam dengan memaklumkan nama­nya digunakan untuk membuka sebuah syarikat yang kini berhutang sebanyak RM19,300.

Menurutnya, pemanggil itu mendakwa akaun bank mangsa akan dibekukan namun bersedia membantu mangsa de­ngan menghubungkan wanita berkenaan kepada seorang individu.

“Mangsa kemudian bercakap dengan seorang lelaki dikenali sebagai Datuk Sapari yang dikatakan boleh membersih­kan namanya dan seorang wanita ko­nonnya dari Bank Negara.

“Suspek telah meminta mangsa memberikan butiran peribadinya, namun tidak lama kemudian berasa tidak sedap hati menyebabkan dia ke bank untuk memeriksa akaunnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Wazir, mangsa yang mendapati wang simpanannya berkura­ngan sebanyak RM30,000 kemudian membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Bentong.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan de­nda, jika sabit kesalahan,” ujarnya. – BERNAMA