Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, mangsa,  Mohamad Aidilfitri Romly, 25, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah oleh bapanya, Romly Ariffin, 56, di dalam bilik tidur.

Ketua Polis daerah, Superintenden Noh Idris berkata, sebelum kejadian, bapa mangsa sedang berehat di kawasan kebun berhampiran rumahnya.

Menurutnya, Romly terkejut apabila secara tiba-tiba terdengar bunyi tembakan dari dalam rumahnya.

Ujarnya, dia kemudian masuk ke dalam rumah dan menemukan mangsa berlumuran darah dipercayai menembak diri sendiri di dada dengan senapang patah miliknya.

“Siasatan mendapati mangsa mengalami gangguan mental (halusinasi). Ketika kejadian mangsa seorang diri di dalam rumah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Romly memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - UTUSAN ONLINE