Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental dan dimasukkan ke hospital berkenaan semalam, melarikan ambulans berkenaan setelah melihat tiada orang di dalamnya.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden Abang Junaidi Abang Annuar bagaimanapun berkata, polis menemukan ambulans terbabit ditinggalkan di tepi Jalan Green berhampiran Wisma Saberkas kira-kira sejam kemudian.

‘‘Pemeriksaan tidak menemukan suspek yang berusia 36 tahun dari Kampung Siol Kandis di dalam ambulan berkenaan. Lelaki itu dipercayai melarikan diri ke dalam pusat beli-belah di Wisma Seberkas,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abang Junaidi berkata, suspek kemudian dipercayai datang semula ke HUS dan polis berjaya menahannya di dalam kawasan hospital itu.